Sedihnya
melihat seorang ibu meninggal dunia dalam keadaan memeluk anaknya.
Kelu lidah untuk berkata-kata apabila melihat gambar ini, dan tanpa
sedar mengalir air mata melihat gambar yang penuh tragis ini.
Gambar
sebelah kiri menunjukkan seorang ibu meninggal dunia dalam keadaan
memeluk anaknya. Mereka di antara syuhada’ yang gugur syahid dibunuh
dan disembelih oleh rejim Basyar dalam pembunuhan besar-besaran di
Darayya, sekitar Dimasyq semalam.
Gambar
kanan pula menunjukkan gambar yang hampir sama, tetapi ia berlaku
ketika peritiwa Hama pada tahun 1982 yang dilakukan oleh ayah Basyar,
Hafeez Asad. Peristiwa Hama merupakan di antara peristiwa paling tragis
berlaku kepada rakyat Syria yang menyaksikan pembunuhan seramai 40 000
ribu Sunni di Syria.
Ya Allah, hancurkanlah mereka dan hinakanlah mereka di atas segala kezaliman yang telah dilakukan kepada umat Islam.
Lihatlah
betapa mulianya akhlak seorang pejuang kebanggaan Rasulullah ini.
Video ini menunjukkan seorang mujahidin Syria berusaha menyelamatkan
seorang sahabatnya yang terkena tembakan ke tempat yang lebih selamat.
Dan dalam masa yang sama sahabatnya yang lain cuba menembak tentera rejim dari sudut yang lain.
Sehinggakan
beliau sanggup menanggalkan baju kalis pelurunya untuk menyelamatkan
sahabatnya itu. Sehingga akhirnya, beliau juga ditembak oleh tentera
rejim la’natullah.
Ya Allah, sesungguhnya video ini sudah cukup untuk kami mengatakan bahawa merekalah pemuda yang menjadi kebanggaan Rasulullah.
Penyembelihan
terbaru yang dilakukan oleh tentera rejim Basyar di bandar Darayya,
sekitar Dimasyq semalam (25/8/2012) sehingga mengorbankan lebih 400
orang.
Pembunuhan
terbesar tersebut dilakukan oleh para syabbihah (tali barut Basyar)
dan juga tentera rejim dengan menyembelih dan menembak masyarakat awam
di Darayya dari kalangan kanak-kanak, wanita, lelaki dan juga orang
tua.
Semoga Allah melaknat mereka di atas pertumpahan darah yang dilakukan ke atas umat Islam tanpa hak.
0 komentar: