::
Start
sumber informasi dan persahabatan

Navbar3

Search This Blog

Senin, 15 April 2013

Cinta Kerana Allah

Cinta yang hakiki yang berdasarkan kerana Allah semata-mata, ialah bila anda mencintai seseorang bukan kerana peribadinya,malah kerana kelebihan-kelebihannya yang bergantung dengan keakhiratannya. Misal cinta ini ialah cinta seorang murid kepada gurunya. Disebabkan menerusi guru itu ia akan memperolehi ilmu pengetahuan yang akan memperbaiki amalannya . Dan dengan ilmu itu maka si murid bakal mendapat keselamatan diakhirat . Inilah yang dikatakan antara contoh-contoh cinta kerana Allah semata-mata .
Begitu pula orang yang bersedekah dengan harta bendanya kerana menuntut keredhaan Allah, atau orang yang suka mengundang tetamu kerumahnya, lalu dihidangkan makanan yang lazat, semata-mata kerana ingin mendekatkan dirinya kepada ALLAH. Kemudian lahirlah dalam diri orang itu perasaan sayang dan kasih terhadap tukang masaknya , kerana kemahiranya untuk menyediakan makanan-makanan yang lazat, cinta ini dikira sebagai cinta kepada ALLAH .
Contoh yang lain lagi misalnya seorang yang suka menyampaikan sedekah kepada orang-orang yang memerlukannya , maka perilakunya itu dikira sebagai cinta kepada ALLAH juga. Atau orang yang mencintai pekerja yang membantu mencuci pakaiannya, membersihkan rumahnya dan memasak makanannya, yang mana dengan terlepasnya ia dari tugas-tugas ini, senanglah ia dapat menuntut ilmu atau membuat perkerjaan yang lain, sedang tujuan utama dari pekerjaan orang itu semata-mata kerana melapangkan diri untuk memperbanyakkan ibadat , maka ia juga terkirapencinta kerana ALLAH .
Begitu juga, jika ia mencintai seseorang kerana orang itu mencukupi keperluannya dari segi wang dan pakaian, makanan dan rumah dan lain-lain keperluan yang diperlukan untuk kehidupan didunia, sedang maksud dari penderma itu supaya ia dapat melapangkan dirinya untuk menuntut ilmu pengetahuan yang berguna, sambil melakukan amalan-amalan yang mendekatkan diri kepada Allah, maka cintanya itu dikira kerana ALLAH juga .
Segolongan salaf saleh yang terdahulu, sering segala keperluannya ditanggung oleh hartawan-hartawan yang murah hati . jadi dalam hal ini, kedua-dua pihak tergolong pencinta-pecinta yang mencari keredhaan Allah.
Juga , jika seseorang itu menikahi seorang wanita yang salehah untuk melindunginya dari godaan syaitan , serta memelihara agamanya atau untuk menginginkan seorang anak yang saleh dari pernikahan itu atau dia mencintai isterinya kerana menerusinya ia dapat samapai kepada tujuan-tujuan yang suci seperti contoh-contoh yang disebut diatas tadi , maka ia adalah seorang pencinta kerana ALLAH .
Demikian pula, jika seseorang itu dalam hatinya tersemat cinta kerana ALLAH dan dunia, seperti seorangyang mencintai guru yang mendidiknya, lalu ia pun mencukupkan segala keperluan guru itu didunia dengan wang dan sebagainya, maka ia dikira orang yang mencinta kerana ALLAH .
Seterusnya, bukanlah dari syarat-syarat cinta kerana ALLAH itu, ia mesti tinggalkan semua nasibnya dari harta kekayaan dunia samasekali, sebab para Nabi sering menyeru kita berdoa, agar ALLAH mencukupkan kedua-dua keperluan kita di dunia dan akhirat .
Bila kecintaan seseorang kepada ALLAH menjadi kukuh, niscaya akan muncul dalam wataknya perasaan suka membantu dan menolong, serta mengutamakan orang lain dari diri sendiri, bersedia untuk membelanjakan segala yang dimilikinya dari harta, jiwa dan nasihat yang baik.
Dalam hal ini manusia adalah berbeza, munurut perbezaan darjat kecintaannya kepada ALLAH. Ia akan dicuba dalam kecintaannya itu dengan berbagai-bagai percubaan yang bertalian dengan kepentingan-kepentingan dirinya, sehingga ada kalanya semua kepentingan itu sudah tidak ada yang tinggal lagi, semuanya telah dibelanjakan bagi kepetingan orang yang dicintainya itu.Terkadang-kadang ditentukan sebahagian untuk diri sendiri, manakala yang lain diberikan kepada orang yang dicintainya.
Tidak kurang juga , orang yang membahagikan harta kekayanya kepada dua, satu bahagian untuk dirinya dan satu lagi untuk kekasihnya, ada yang memberikan sepertiga dari harta kekayaannya dan ada sepersepuluh dan seterusnya . Banyak atau sedikit wang yang dibelanjakan itu bergantung pada rasa cintanya terhadap orang itu, sebab tidak dapat ditentukan darjat cinta itu melainkan dengan kadar harta yang dibelanja kepada para kekasihnya. Maka barang siapa hatinya telah telah dipenuhi oleh rasa cinta kerana Allah, tidak ada benda-benda lain yang masih dicintakan lagi, selain dari cintanya kepada ALLAH semata-mata. Ketika itu ia tidak akan meninggalkan sesuatu benda pun dari harta kekayaannya, melainkan semuanya dibelanjakan kerana ALLAH.
Misalnya Abu Bakr As-Siddiq , beliau telah menyerahkan puterinya Aisyah untuk dikahwinkan dengan Rasulullah sedangkan Aisyah itu cahayamatanya, kemudian dibelanjakan semua hartanya kerana ALLAH.
Dengan itu disimpulkan, bahawasanya sesiapa yang mencintai orang alim atau adib, ataupun di mencintai penuntut ilmu pengetahuan atau orang yang sepanjang masa beribadat atau membuat kebajikan, maka yakinlah bahawasanya ia mencintainya itu kerana ALLAH dan untuk ALLAH , dan tentulah ia akan mendapat ganjaran pahala dan kurnia dari ALLAH menurut kadar kekuatan cintanya itu.

0 komentar: