Dialah yang menciptakan kamu dari diri yang satu. Darinya, Dia menciptakan isterinya agar dia merasa senang kepadanya. Kemudian, setelah dicampurinya, isterinya mengandung kandungan yang ringan dan dia terus merasa ringan(beberapa waktu). Selanjutnya, tatkala dia merasa berat, keduanya(suami isteri) berdoa kepada Allah, Tuhan mereka, seraya berkata,
Sesungguhnya jika Engkau memberi kami anak yang soleh, tentulah kami termasuk orang-orang yang bersyukur.(QS al-Araf[7]: 189)
Setiap manusia tidak mengira apa jua zaman, bangsa dan tempat
tinggal telah dikurniakan oleh Allah swt, sebuah naluri untuk mengasihi
dan juga dikasihi ( gharizatun nau). Perasaan ini boleh jadi terhadap
ibu bapa, adik beradik dan ada masanya terhadap seorang lelaki atau
wanita yang halal bernikah dengannya. Islam mengiktiraf naluri ini,
bukan menekannya dengan menganggap ia satu fitrah yang kotor, malah
menunjukkan kepada semua umat manusia bagaimana pengaturan untuk
menyalurkan naluri tersebut. Pengaturan tersebut ditunjukkan hanya
melalui perkahwinan.
Dalam hal ini, Ibn Masud meriwayatkan bahawa Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud:
Wahai para pemuda, siapa sahaja di antara kalian yang telah mampu memikul tanggungjawab, hendaklah ia segera bernikah, kerana hal itu dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan. Sebaliknya, siapa sahaja yang belum mampu, hendaklah ia berpuasa, kerana hal itu dapat menjadi perisai baginya.
Wahai para pemuda, siapa sahaja di antara kalian yang telah mampu memikul tanggungjawab, hendaklah ia segera bernikah, kerana hal itu dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan. Sebaliknya, siapa sahaja yang belum mampu, hendaklah ia berpuasa, kerana hal itu dapat menjadi perisai baginya.
Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud sebagai berikut:
Ada tiga orang yang berhak ditolong Allah:(1) seorang mujahid di jalan Allah, (2) seorang yang bernikah kerana ingin menjaga kehormatannya, (3) mukatib yang bekerja untuk memerdekakan dirinya.
Ada tiga orang yang berhak ditolong Allah:(1) seorang mujahid di jalan Allah, (2) seorang yang bernikah kerana ingin menjaga kehormatannya, (3) mukatib yang bekerja untuk memerdekakan dirinya.
Terdapat banyak nash lain yang menunjukkan bahawa perkahwinan
merupakan jalan yang ditunjukkan bagi meluahkan naluri kasih sayang bagi
lelaki dan wanita yang bukan mahram, selain terhadap hamba wanita.
Sebelum berlakunya pernikahan, walau sudah bertunang (khitbah)
tidak boleh ada interaksi yang menunjukkan peluahan naluri tersebut.
Tidak boleh mengatakan saya sayang awak, I Love You, apatah lagi keluar
bersama untuk makan, shopping atau sebagainya. Tetapi sayangnya,
kehidupan hari ini bercinta sebelum bernikah telah menjadi lumrah dalam
masyarakat.
Tidak pernah timbul dalam Islam istilah boyfriend, girlfriend,
pakwe, makwe, gewe, mata air dan sebagainya. Ini hanya wujud apabila
umat Islam hidup dalam sistem yang bukan Islam yang menggalakkan
peluahan naluri kasih sayang dan seksual secara bebas. Kita disajikan
dengan klasik-klasik cinta seperti Romeo dan Juliet, Titanic,
Mohabbatein, Mistress Hermanas, Mr Cinderella ,Alexander dan sebagainya.
Akibatnya, umat Islam terpengaruh dan dijanjikan dengan
khayalan-khayalan yang kononnya bercinta (sebelum bernikah) itu penuh
dengan keasyikan dan mengarahkan ke jinjang pelamin. Ini semua hanyalah
bisikan syaitan, sedangkan pada hakikatnya, ia adalah menghampiri
zina(jika tidak terlanjur berzina), maksiat yang membawa ke neraka
Allah. Sepatutnya jika pernah terlibat dengan maksiat sebegini
bertaubatlah, manakala jika kita sendiri sedang asyik bercinta,
tinggalkan serta merta, bertaubat dan mohonlah keampunan dari Allah swt.
Jangan sampai sakaratul maut baru kita mahu bertaubat, sudah terlambat.
Janganlah kamu menghampiri zina (Al-israk : 32)
Dan tidak ada orang yang lebih sesat daripada orang yang mengikut hawa nafsunya dan tidak berdasarkan kepada petunjuk Allah. ( Al-Qasas: 50)
Suatu yang menyedihkan. biasa kedengaran ibu bapa yang tak
membenarkan anak mereka bercinta di bangku sekolah, dengan alasan
ditakuti mengganggu pelajaran. Kalau dah kerja atau masuk universiti tak
mengapalah. Adakah ini pemikiran Islam, atau adakah ini merupakan
kesesatan berfikir umat Islam hari ini akibat hidup dalam sistem
kapitalis yang sememangnya menyogokkan kepada kita budaya materialisme,
hedonisme dan sebagainya. Dan ramai antara umat Islam tanpa disedari
mengamalkannya.
Jadi, bagaimana cara yang ditunjukkan oleh Islam dalam mengatur
hubungan antara lelaki dan wanita. Pada asasnya, kehidupan lelaki dan
wanita yang bukan mahram adalah terpisah kecuali pada perkara-perkara
yang dibenarkan oleh syarak seperti bekerja, berjual beli, dakwah dan
belajar. Walaupun demikian, hendaklah dihadkan interaksi tersebut
sekadar kepada keperluan.
Maka bagi mereka yang telah bertunang, diperbolehkan berjumpa dengan ditemani mahramnya untuk membincangkan hal pernikahan, dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Pertunangan bukan lesen untuk bercinta, keluar dating dan sebagainya.
Maka bagi mereka yang telah bertunang, diperbolehkan berjumpa dengan ditemani mahramnya untuk membincangkan hal pernikahan, dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Pertunangan bukan lesen untuk bercinta, keluar dating dan sebagainya.
Sabda Rasulullah(S.A.W)
hendaklah kamu berjaga-jaga agar tidak berkhalwat dengan wanita
(sahih Bukhari/Muslim)
jangan ada di antara kamu yang berduaan dengan wanita kecuali jika disertai muhrimnya
(Sahih Bukhari)
barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat,
janganlah kamu berduaan bersama wanita tanpa disertai oleh muhrimnya
kerana jika lelaki dan wanita duduk berduaan maka pihak ketiganya adalah
syaitan
Wahai seluruh umat Islam yang rindukan syurga Allah, laksanakanlah
Islam secara keseluruhan. Bukan soal ijtimai(sosial) ini sahaja, malah
segala yang telah disyariatkan . Ia termasuk peribadatan khusus seperti
solat, puasa juga berkaitan dengan cara hidup(mabda) melibatkan politik,
ekonomi, uqubat, dasar luar negara, pemerintahan, pendidikan dan sosial
ini sendiri. Semua masalah ini hanya dapat diselesaikan dan kewajipan
tersebut hanya mampu dilaksanakan apabila tertegaknya kembali sistem
khilafah Islam yang mengikut jalan kenabian.
Demi Allah yang nyawaku di tangan-Nya, hendaklah kamu menyuruh
kepada maruf dan mencegah dari mungkar atau Allah akan menurunkan
kepada kamu seksaan dari sisi-Nya, sehingga kamu berdoa kepada-Nya, maka
Allah tidak mengabulkan doa-doa kalian (HR Ahmad dan Tirmidzi)
0 komentar: